Zoey Rahman lebarkan bakat dengan single raya
2026-03-18
Lagu raya terbaharu berjudul Kita Dah Raya menandakan satu cabang baharu dalam perjalanan seni Zoey Rahman apabila naskhah itu menampilkan dirinya bukan sahaja sebagai pengacara, pelakon dan usahawan, tetapi juga sebagai penyanyi dan penulis lirik berduet bersama Elliza.

Melalui projek ini, Zoey memanfaatkan pengalaman panjangnya di pentas dan di depan kamera untuk diterjemah dalam bentuk vokal dan penceritaan lirik. Kerjasama dengan Elliza memberi warna tersendiri kepada lagu tersebut, yang mengetengahkan tema suasana pulang beraya, meraikan keluarga serta persahabatan. Zoey turut terlibat dari peringkat perancangan konsep, penulisan lirik hingga rakaman, sekali gus mengukuhkan identitinya sebagai artis yang serba boleh.
Kita Dah Raya diusahakan sebagai satu langkah strategik untuk mengukuhkan kehadiran Zoey dalam ekosistem muzik arus perdana. Dengan asas pengikut yang sudah terbina melalui dunia lakonan, pengacaraan dan perniagaan, kemunculan single ini dilihat mampu membuka lebih banyak peluang kolaborasi dan projek seni pelbagai medium pada masa akan datang.
Loading...